Tuesday, April 14, 2009

Pengenalan Capoeira


Capoeira adalah seni mempertahankan diri yang menggabungkan seni bela diri, gimnastik, dan tarian yang diiringi muzi. Seni ini berasal dari negara Brazil. Terdapat dua jenis Capoeira iaitu Capoeira Regional dan Capoeira Angola. Capoeira Regional lebih bersifat tangkas dan cepat manakala Capoeira Angola melibatkan seni yang lebih lembut tetapi memerlukan kekuatan fizikal yang lebih untuk melakukan gerakan-gerakan melawan musuh.

Pengamal-pengamal seni Capoeira dikenali sebagai "Capoeirista". Perlawanan di dalam circle antara capoeirista dikenali sebagai "Roda". Di dalam roda, banyak gerak-geri yang dilakukan oleh para capoeirista seperti "jingga" (kekuda di dalam Capoeira), "bensao" (terjahan kaki ke hadapan), "quesheda" (libasan kaki 270 darjah), "armada" (libasan kaki 360 darjah), "esceva" dan "cocorina" (posisi mengelak).

Sejarah Capoeira

Capoeira pada asalnya digunakan sebagai alat mempertahankan diri oleh hamba-hamba di Brazil untuk melawan penjajah Kuffar Portugis. Latihan-latihan Capoeira dilakukan dalam bentuk yang kelihatan seperti tarian tetapi penuh dengan seni bela diri untuk mengaburi mata penjajah agar latihan dapat diteruskan. Pendekar-pendekar Capoeira juga menggunakan nama-nama samaran seperti Furacao(puting beliung), Falcao(helang), Perna longa(kaki panjang), Gadoo(ayam jantan), Macaco(monyet), Fresco(cool), Macaquinho(monyet besi), Lindsay(kucing), Filhos(matahari) kerana penjajah sentiasa berusaha untuk menangkap dan membunuh guru-guru dan pelajar-pelajar Capoeira malah ahli keluarga mereka jika dikenal pasti nama keluarga mereka. Banyak juga pusat-pusat latihan yang ditutup dan tidak dibenarkan untuk dibuka kerana kekangan dari penjajah.