Sunday, April 12, 2009

Pengenalan Grupo Art Game Capoeira

Grupo Art Game adalah komuniti yang mengemari seni bela diri Capoeira yang berasal dari negara Brazil dipraktikkan di Malaysia yang ditubuhkan oleh sekumpulan pemuda Muslim dibawah penyeliaan Pertubuhan Seni Capoeira Malaysia. Tenaga pengajarnya juga terdiri dari orang-orang Muslim. Antara tenaga pengajarnya ialah Bro Azman, Bro Danz, Bro Jojo, Bro Haziq dan akan menghasilkan banyak lagi pakar didalam seni Capoeira. Antara matlamat penubuhannya adalah untuk mengajar seni mempertahankan diri, menggalakkan anak muda Muslim mengekalkan tubuh badan sihat yang dikurniakan oleh Allah, menjauhkan mereka dari budaya songsang Mat Rempit, Gangsterisme, Dadah, dan gejala sosial yang parah melanda umat Islam yang bertuah ini.

Grupo Art Game juga menekankan aspek disiplin iaitu soal ketepatan masa, taat kepada agama, menutup aurat dari pusat hingga ke lutut. Oleh itu Art Game menggalakkan ahlinya untuk menutup aurat kerana seni Capoeira ini banyak melibatkan gerakan up side down. Begitu juga bagi ahli perempuan digalakkan untuk memakai tudung yang menutupi kepala hingga ke dada. Art Game juga menitik-beratkan soal pemisahan training antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, bagi ahli perempuan yang ingin mengikuti training Capoeira akan dikendalikan oleh instructor perempuan. InsyaALLAH dengan berkembangnya Art Game, bilangan ahli perempuan dan jurulatihnya juga akan bertambah. Pemisahan lelaki dan perempuan ini diharapkan dapat mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Dengan cara sebegini, ahli-ahli Capoeira diharapkan akan terdidik untuk menghormati kaum wanita. Tambahan lagi, Art Game juga sentiasa mengutamakan cara hidup Islam. Oleh itu, Art Game akan sentiasa mengutamakan hukum syara' dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Sebagai contoh, sekiranya masa training bertembung dengan waktu solat, maka solat akan didahulukan kemudian training akan diteruskan.

Kini Art Game Capoeira sudah bertapak di beberapa buah negeri di Malaysia seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur. Art Game juga sudah menembusi beberapa buah universiti di Malaysia. Art Game bergerak aktif menjalankan training setiap minggu di Uniten, MFI, UIA Nilai, UIA Gombak, Bandar Tasik Selatan, Taman Tasik Titiwangsa, dan Sungai Udang. InsyaALLAH, Art Game juga akan mengadakan road show ke Syah Alam, Negeri Pulau Pinang dan Johor dalam masa terdekat ini. Art Game juga sentiasa menerima jemputan untuk mengadakan show dan workshop untuk memeriahkan lagi apa jua majlis setelah disepakati Art Game.