Thursday, May 7, 2009

Penting ke Mempertahankan Diri?

JOM BELAJAR CAPOEIRA

Ramai yang masih ragu-ragu dengan “apakah hukum mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.” Saya merasakan pertanyaan ini seringkali dijawab dengan jawapan-jawapan yang sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam pengambilan pandangan-pandangan dikalangan ulama’ muktabar. Seringkali, menjawab pertanyaan ini dengan berkata, “boleh, tidak ada masalah. Sebab kita wajib mempertahankan diri.” Memang benar jawapan ini, tetapi mengapa kita tidak membesarkan mata kita terhadap seni mempertahankan diri yang tidak selari dengan tuntutan syariat? Misalnya, harus tunduk sembah kepada gambar master yang sudah mati. Tunduk sembah kepada matahari, dan pengambilan bahan-bahan yang diharamkan dalam Islam serta mengamalkan petua-petua yang secara jelas mengingkari akidah islamiah. Selain itu, ada juga seni mempertahankan diri, membutakan penglihatan-penglihatan para pelajarnya dengan mempamerkan sesuatu yang diluar batas kemampuan manusia. Adakah pertunjukkan ini mahu mengambarkan pembuatnya itu adalah wali? Sedangkan sesuatu karamah atau maunah, bukanlah boleh didatangkan dengan kehendak manusia itu. Tetapi karamah atau maunah, didatangkan atas keizinan Allah dan kehendak-Nya. Selain daripada(maunah dan karamah) itu, semuanya adalah istidraj. Iaitu sesuatu yang diberikan kurnia semata-mata untuk menjerumuskan manusia terus ke dalam kesesatan.


Perbahasan para Ulama’

Ulama sejak dari dahulu telah membahaskan tentang(hukum) mempelajari seni mempertahankan diri. Dalil yang diambil dalam memahami isu ini ialah dari surah al-Anfal ayat 60, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi.”

Terdapat juga sebuah hadith yang direkodkan Abu Daud[1], bahawa Nabi saw pernah bergusti dengan Rukanah.Dan menurut hadith tersebut, Rukanah dan Nabi saw pernah bergusti lebih dari sekali. Berdasarkan kepada hadith ini, para ulama’ mengulas bahawa gusti tidak akan sesekali mengurangkan kewibawaan, kemulian dan darjat seseorang.

Menurut sebahagian ulama'[2], “belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, "mala yatimmul wajib illa bihi fahua wajib", (“Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”)


Seni mempertahankan diri tidak harus ada campur tangan hal-hal yang boleh menggoncangkan akidah. Seni mempertahankan diri itu mestilah jauh dari unsur-unsur syirik, khurafat dan bid'ah. Kalau seni silat sekalipun, tetapi ianya mengandungi perkara-perkara syirik, khurafat dan bid'ah seperti mandi bunga, mandi limau, mandi tawassul dengan kain putih dan seumpamanya, maka sudah tentu kita tidak boleh menyertainya.[3]


Tujuan seni mempertahankan diri

Tujuan Capoeira atau seni mempertahankan diri yang lain yang utama adalah untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Tetapi konsep ini seharusnya dilihat dengan lebih luas, kerana seni bela diri bukan sahaja mengajar cara untuk berhadapan dengan musuh tetapi juga membina kekuatan jasmani pengamalnya. Perkara ini menepati kehendak Islam yang menginginkan penganutnya sentiasa sihat dan kuat. Sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim[4], bahawa Nabi saw berkata “seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah daripada mukmim yang lemah.”

Dalam hal ini, Islam tidak menghendaki tubuh yang rapuh; yang tidak boleh menangung beban ketika sedang dituntut darinya, tidak mampu menghadapi kesengsaraan,serta tidak kuat ketika mendapat tentangan. Islam menolak manusia seperti yang digambarkan oleh seorang penyair arab dahulu:

“terpaan angin-angin sepoi melukai kedua belah pipinya,
dan usapan sutera membuat hujung-hujung jemarinya berdarah.”

Kesimpulannya, seni mempertahankan diri atau seni bela diri tidak kiralah sama ada capoeira, silat, taekwando, atau apa jua seni sekalipun, haruslah bersih daripada perbuatan yang menyalahi syariat serta tidak mendatangkan bahaya kepada pengamalnya; fizikal dan mental.


[1] Hadith ini adalah hadith Hassan menurut kitab “takhrij Ahadith al-Halal wa Al- Haram.

[2] Feqh Al-Lahwi wa At-Tarwih.

[3] boleh dirujuk di http://al-qayyim.net

[4] Hadith ini boleh dirujuk di kitab Kirab Al-Qadar .

Sunday, April 26, 2009

Demo capoeira di Melaka!

23/4/09 & 25/4/09

Assalamualaikum w.b.t n salam sejahtera kepada semua ahli-ahli capoiera dan juga kepada mereka yg berkesempatan melayari blog grupo artgame ini. Yup, bila sebut sahaja nama grupo artgame capoiera rasanya ramai yang sudah pernah dengar name grupo ni terutamanya di kawasan Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan mungkin satu Malaysia! Hehe.. Baru-baru ini grupo artgame capoiera dari Sungai Udang, Melaka di bawah pimpinan Bro Danz, telah pun dijemput oleh Pernama untuk membuat demo capoiera di ekspo Pulon Sakan yang diadakan di dalam Kem Terendak, Melaka.

Persembahan demo kami dijadualkan berlangsung pada 23hb April dan 25hb April, jam 8.30 malam dan 10.00 malam. Lebih kurang 10 orang ahli capoiera yang terlibat dalam demo tersebut termasuklah Bro Danz. Persembahan kami semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah. Lebih kurang 200 orang lebih pengunjung yang datang pada malam ekspo tersebut menyaksikan persembahan kami. Mereka seakan-akan tidak percaya dengan aksi-aksi kami yang unik dan mendebarkan. Pertama kali mereka melihat aksi capoiera ini di depan mata mereka.

Respons dan maklumbalas dari orang ramai begitu positif. Ramai orang yang datang kepada kami selepas demo selesai, terutamanya golongan remaja untuk menyertai seni capoiera ini.

Akhir kata, kepada mereka yang berminat dengan seni mempertahankan diri capoiera dari brazil ini, bolehlah berhubung dengan ahli capoeira di Melaka, Bro Danz, mestredanz@hotmail.com atau saya, Bro Soleh di rizq_qi113@yahoo.com. Hantarkan emel anda untuk maklumat lanjut.

Sekian, wassalam.

Bro Soleh

Thursday, April 23, 2009

Art Game Capoeira masuk Metro!

Soal-Jawab Capoeira

Soalan:
assalamualaikum n salam perkenalan kepada saudara.. saye nak tau capuioera yang saudara tubuhkan.. saye sebenarnye terlalu obses ngn seni mempertahankan diri dari brazil nie.. saye sudah membuat kajian seni ini dan sejarah seni ini memang menarik dan menakutkan kerana semasa penjajahan portugis di brazil, kerajaan portugis telah mengharamkan seni mempertahankan diri kepada pengamal2 yang mengamalkan seni mempertahankan diri yang penuh ngn keunikan ini.. sampaikan mereka iaitu pengamal seni mempertahankan diri ini dipotong tendon sebagai hukuman.. mungkin saudara telah mengetahui sejarah capuieora ini.. saye ada mengamalkan sedikit sahaja pergerakan capuieora dan yang selebihnya tidak dapat kerana hanya saya sahaja yang meminati seni mempertahankan diri ini.. kawan saye ada yang tidak berminat langsung ngn seni ini.. ada gak yang minat sahaja2 tapi xnak mendalami seni ini.. saye cube belajar melalui online tapi xbleh sbab memang susah untuk belajar secara individu.. jadi saya ingin bertanya kepada saudara, dimanakah saudara menjalani latihan capuieora ini kerana saya ingin menjalani latihan ini secara berkumpulan dan saya juga terlalu kemaruk terhadap capuioera ini.. dan untuk pengetahuan saudara saya skarang menetap di KL.. sekian,.

Jawapan:
Waalaikumussalam,

salam perkenalan kepada yang bertanya dan yang berminat.
untuk pengetahuan adik, ya sejarah seni ini agak menakutkan dan dipandang seperti ganas dan diburu oleh pihak penjajah pada zaman permulaannya ...

tetapi kita perlu ingat itu adalah sejarahnya ...sebagai seorang islam perlu kita melihat dari pandangan islam, mungkin, sedikit saya boleh jelaskan dengan keterbatasan ruang yang ada,

pertama, mana-mana seni bela diri bukan datang dari islam, dan tidak ada satu pun termasuk silat. ianya datang dari kreativiti manusia dalam untuk mempertahankan diri, jadi dengan perasaan mempertahankan diri, dari ketakutan atau kebimbangan musuh, manusia cuba mencipta gerakan-gerakan yang boleh melindungi dirinya, dari tercedera diserang, jadi apabila kaitan bimbang dengan manusia terjadi, ia akan terkait dengan yang lebih berkuasa iaitu tuhan semesta alam yang menciptakan kita, maka bermacam-macam lah cara baru dalam mempraktikkan seni bela diri bercampur dengan eleman spiritual...mengikut fahaman masing-masing.

Islam memandang seni bela diri atau cara-cara mempertahankan diri suatu kretiviti atau teknologi dalam gerakan manusia yang unik yang mampu menangkis serangan. Malahan, nabi saw pernah bersabda bahawa ajarlah anak-anak kamu memanah dan berenang jadi faktor seni bela diri adalah suatu senaman kecergasan yang mampu menaikkan kekuatan jasmani supaya manusia hidup dalam keadaan sihat dan sentiasa bersiap sedia dari serangan musuh...

dalam konteks ini islam telah merungkaikan ia temasuk dalam perkara yang melibatkan hadharah(peradaban atau cara hidup) dan madaniah(benda dan teknologi). apa apa sahaja yang melibatkan benda atau teknologi yang kita lihat, apabila kita perhatikan, mengingatkan kita kepada mana mana hadharah kufur atau dimiliki oleh mana-mana agama maka ia menjadi madaniah khas maka hukumnya haram..contohnya kita lihat benda iaitu topi yahudi atau baju paderi atau salib kita terus akan ingat pada kristian maka haram mengambil nya atau memakainya...

tetapi jika kita lihat sesuatu, dan ia tidak mengingatkan atau tidak dimiliki oleh mana-mana hadharah maka hukumnya mubah (harus) contohnya kereta atau tv atau seluar jeans yang panjang atau senjata apabila kita lihat, atau menggunakanya, ia tidak mengingatkan atau melambangkan sesuatu agama atau hadharah kufur, ini pula dipanggil madaniah am maka boleh selagi tidak ada dalil keharamannya.

ada juga dalil seperti hukum asal sesuatu perbuatan terikat kepada syarak dan hukum asal benda mubah selagi tidak ada dalil keharamannnya..

jadi dengan ini apa sahaja sejarah hanya akan tinggal sebagai sejarah, cuma cara kita mengamalkanya mestilah melihat adakah terdapat unsur-unsur hadharah yang akan meletakkannya kepada madaniah khas yang mana kita haram dari mengambilnya malah mempraktikkanya.

Jadi capoeira jika dipandang dari sudut pengamalnya yang dulu mungkin haram kerana pastinya bukan muslim dan bercampur dengan ritual kufur ..tetapi sekarang ia hanya dipraktikkan untuk kecergasan tubuh badan dan mempertahankan diri

sebagai contoh orang kafir menggunakan pisau ...orang islam menggunakan pisau juga (hadharah adalah agama ... dan pisau adalah madaniah)

dengan sebab itu saya telah mewujudkan artgame capoeira yang terdiri dari ramai pemuda muslim yang inginkan kecergasan tubuh badan tanpa mengamalkan hadharah kufur (jika ada).. dan pertemuan serta kelas-kelas latihan akan merapatkan silaturahim serta boleh bertukar-tukar skill dan pendapat serta bersama bukan hanya dengan capoeira malah aktiviti- kemasyarakatan dan agama.

jadi InsyaAllah mungkin kita boleh berjumpa dan berbincang lebih lanjut.. jika adik berminat boleh datang di Taman Tasik Titiwangsa setiap sabtu jam 8.30 pagi

penasihat
artgame

Friday, April 17, 2009

Event Art Game di MFI!

Pada 16/4/09,Khamis.

Grupo Art Game capoeira telah menyertai acara Open Day MFI. Art Game telah membuka booth Capoeira, menerangkan tentang capoeira dalam rangka untuk memperkenalkan capoeira kepada mahasiswa dan masyarakat secara umumnya. Alhamdulillah, berduyun-duyun orang ramai mengerumuni booth kami. Fliers-fliers juga diberikan kepada orang ramai untuk mengajak mereka menyertai kelas-kelas capoeira di tempat-tempat yang berdekatan dengan mereka. Art Game juga telah membuat pertunjukan demonstrasi Capoeira yang ama telah mendapat sambutan yang begitu ramai dari para peminat. Para Capoerista yang terlibat dalam demo ialah Bro Jojo, Bro Remy, dan Bro Zamir. Selain capoeira, ahli-ahli silat juga turut serta memeriahkan majlis. Semoga dengan bertambahnya promotion, Art Game capoeira akan semakin berkembang pesat di Malaysia, InsyaALLAH! Terima kasih diucapkan kepada Bro Jojo, Bro Remy, dan Bro Zamir kerana sudi mengorbankan masa mereka untuk membuka booth dan membuat show untuk orang ramai!